Friday, July 31, 2009

Kursus Fail Meja

Hari ni aku ada kursus Fail Meja start pukul 8.00 a.m- 12.00 a.m ..... Alhamdulillah kursus harini berjalan lancar.... Pagi makan nasi lemak n tengah hari makan nasi lauk campur .... hehehehe makin berisilah aku kali ni.... dah lah tadi sebelum g kerja tadi aku minum susu anmum heheheheh. alhamdulillah aku dah stop muntah2.....

Harini seronok betul coz hari ni masa kursus aku kena bentangkan senarai tugas aku selama ini... yang paling seronok adalah sebab sebelum ni ramai orang ingat aku ni x der kerja tp bila bentangkan kertas bos aku pun terkejut gak coz sebelum ni byk kerja orang lain tp die ingat kan kerja aku tp bila bentangkan tadi sambil tercungap2 bos aku pun tiba2 cakap...... Insyallah selepas ni die akan cuba tetapkan aku mengikut prestasi kerja aku......

Mamber2 aku selama ini ingat aku x der kerja coz kerja aku slalu aku buat diam2.... x pernah mintak tolong ngan diaorang pun ramai ternganga tengok aku sb x percaya yang selama ini aku yang buat kerja tu sorang2 siap boleh tolong orang lain buat kerja.....Alhamdulillah aku rasa ni berkat aku berazam semalam kot.... Aku cuba maafkan semua kesalahan yang diaorang buat kat aku dan see... Sekejap jer Allah nak tunjukkan hidayah-Nya....

So Moral of this story.... Maafkanlan insan2 yang lain kerana mereka pun manusia biasa.... Like me... Mula2 memang bengang tp lepas tu maafkan lah mereka x baik pun berdendam lama2 nanti kita tanggung derita coz menanggung perasaan dendam lelama dan diaorang pun mesti happy bila tgk kita tertekan n sakit hati kan.........

I'm happy person today
Free Signature Generator

Tuesday, July 28, 2009

Amalan Murah Rezeki

“Ya Allah, sesungguhnya waktu dluhaa adalah waktu dluhaa-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebagusan adalah kebagusan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, apabila rizqi kami di atas langit, turunkanlah, bila dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dluhaa, keagungan, kebagusan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang shalih-shalih.

Free Signature Generator

Thursday, July 23, 2009

123456789

on 7 august 2009
At 12hr 34 minutes and 56 seconds on the 7th of August this year, the time and date will be

12:34:56 07/08/09

1 2 3 4 5 6 7 8 9

This will never happen in your life again??!!!!


Free Signature Generator

KERIAN 1: INDUSTRI GERAGAU (petikan dari email yang aku dapat, dan di kongsi bersama)



Selama 3 hari
bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan
mengiringi Ketua
Jabatan ke lawatan penyelidikan
ke Daerah Larut
Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula
dengan entri pada hari ini,
aku akan menyelitkan
apa yang menarik di daerah tersebut.
Mana yang baik
ambillah ia dijadikan contoh. Mana
kala yang tidak dijadikan
ingatan sepanjang hidup.




Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.


Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.



Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.




Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.


Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?



Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.


Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.



Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.



Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..



Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!

Free Signature Generator

Friday, July 17, 2009

Semalam Yang Bz

Semalam aku cadang nya memang nak kerja coz byk kerja yg perlu dilakukan maklumlah pelajar dah start masuk belajar balik...... Byk permohonan biasiswa yang perlu aku updated tambahan plak masalah ptptn plak timbul coz pelajar belum terima bayaran lagi......

Seperti biasa sarapan pg dengan husband.... Aku ingat nak makan nasi lemak coz dah lama x ambik nasi asyik makan asam jer... tp betullah org cakap klu x leh makan tujgn dipaksa time2 tu jugak aku muntah hehehehehe...... terus kepala berat n aku g opis ambik permohonan ptptn then terus g ptptn coz nak jumpa ngan pegawai ptptn.... dah settle tu hubby aku ada kerja duklah ikut die g kerja lum pastu terus g klinik dapat mc ... nak balik hubby ada kerja lagi so....... ikutlah die.... tp apa yg menyedihkan ialah hubby aku leh tinggalkan aku dalam kereta kat basement parking selama 2 jam kerana x sedar waktu beredar bila buat kerja..... aku ngan mabuk + pening + takut + panas... sedih aku.......

tp aku dah janji ngan diri aku kandungan aku kali ni .. aku x mo byk menangis or pendam perasaan
so apa yang telah terjadi biarlah terjadi

Free Signature Generator