Selama 3 hari
bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan
mengiringi Ketua
Jabatan ke lawatan penyelidikan
ke Daerah Larut
Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula
dengan entri pada hari ini,
aku akan menyelitkan
apa yang menarik di daerah tersebut.
Mana yang baik
ambillah ia dijadikan contoh. Mana
kala yang tidak dijadikan
ingatan sepanjang hidup.
Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.
Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.
Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.
Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!
3 comments:
sem lepas pergi temu ramah orang yang buat udang geragau. kerepek..kat melaka.
terima kasih kerana meletakkan kredit laman asal dari mana entri geragau pada 13 julai 2009 ini. moga pendedahan ini akan lebih disebarkan.
http://www.bluehikari.com/nikki/2009/07/23/entri-geragau-yang-menggegarkan/#comments
rudy bluehikari
bluehikari.com/nikki
adoyaiiii.... mau ilang selera selama-lamanya kat udan kering nih.... terima kasih kongsi info nih... huhuuhuhu
Post a Comment