Thursday, September 10, 2009

ISU SEBAT

Isu sebat Kartika sedikit sebanyak membuka mata semua orang tentang indahnya hukum Islam..sehingga menghukum pun tidak sampai menyeksakan si pesalah..mari kita belajar dan dalami indahnya Islam..

wallahua'lam...











SEBAT CARA SIVIL















Maklumat Ringkas:
SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.




"YANG MANA ADIL, YANG MANA ZALIM?"


Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 6 yang Tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

Saturday, August 22, 2009

Isteri adalah anugerah Allah

Pagi2 sebelum memulakan kerja yang brlambak2 ni aku terbaca blog hati aku tersentuh bila terbaca sepotong ayat dari seorang lelaki " isteri tu adelah anugerah yang diutuskan Allah kepada setiap lelaki untuk diperlihara bukan dipermainkan.. insyaallah......

Ramai orang terlupa bahawa isteri itu adalah anugerah yang punyai hati dan perasaan.... kenapa aku begitu emosi? mungkin disebabkan kerana aku berbadan dua jiwa dan perasaan aku cepat tersentuh..... Ya Allah Tabahkanlah hati ku menghadapi hari2 yang mendatang....

Thursday, August 13, 2009

Amalan Murah Rezeki

Salams, for sharing.....

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka
yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa k ita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang k ita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba .Allahhuakhbar. ..

Insya Allah

Allahu Akbar !



AL-QAYYUM, AL-MAJID, AL-WAJID, AL-WAHID, AL-AHAD, AL-SAMAD, AL-KADIR,
AL-MALIK , AL - RAHMAN , AL -RAHIM

ALLAH SWT TIDAK PERNAH TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKAN PESANNYA, KALA KAMU
MENGHANTAR BERITA INI KEPADA ORANG INSYAALLAH KAMU AKAN MENDAPATKAN
BERITA BAIK ESOK.
..




Surah Al-Kautsar
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripadabatu
permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih m anis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

Wednesday, August 5, 2009

Susu tidak halal

Fwd message

------------ --------- -----

P eringatan: Bagi yg bakal melahirkan dan sudah melahirkan, d iharap hindarkan jenama yg merosakkan aqidah Islam. Demi anak-anak yg soleh dan solehah.

Susu similac ni adalah product Abbott Laboratories selain similac, Abbott Laboratories juga distribute susu-susu berikut:
1) Isomil
2) gain
3) gain plus
4) grow
5) pediasure
6) ensure

berkaitan status halal / tak halal tu, harap kita dapat information a.s.a.p.. Info utk kenkawan yg ader anak/adik/anak sedara yg minum susu.

*SIMILAC*.

Sorry terpaksa info pasal benda ni untuk pengetahuan mothers to be.. and please inform this to ur ‘mummy’ friends ok Aku baru dapat info dari Datuk Dr Maamor persatuan pengguna islam malaysia .. susu formula *SIMILAC* diragui status halalnya.Susu ni pun quite famous.. ada di pasaran. Susu tu dipercayai guna hormon manusia dalam proses pembuatannya. Susu tu pun dah dikategorikan tak HALAL dari Persatuan Pengguna Islam Amerika Syarikat.

inform kawan2 ok!..

Free Signature Generator

Friday, July 31, 2009

Kursus Fail Meja

Hari ni aku ada kursus Fail Meja start pukul 8.00 a.m- 12.00 a.m ..... Alhamdulillah kursus harini berjalan lancar.... Pagi makan nasi lemak n tengah hari makan nasi lauk campur .... hehehehe makin berisilah aku kali ni.... dah lah tadi sebelum g kerja tadi aku minum susu anmum heheheheh. alhamdulillah aku dah stop muntah2.....

Harini seronok betul coz hari ni masa kursus aku kena bentangkan senarai tugas aku selama ini... yang paling seronok adalah sebab sebelum ni ramai orang ingat aku ni x der kerja tp bila bentangkan kertas bos aku pun terkejut gak coz sebelum ni byk kerja orang lain tp die ingat kan kerja aku tp bila bentangkan tadi sambil tercungap2 bos aku pun tiba2 cakap...... Insyallah selepas ni die akan cuba tetapkan aku mengikut prestasi kerja aku......

Mamber2 aku selama ini ingat aku x der kerja coz kerja aku slalu aku buat diam2.... x pernah mintak tolong ngan diaorang pun ramai ternganga tengok aku sb x percaya yang selama ini aku yang buat kerja tu sorang2 siap boleh tolong orang lain buat kerja.....Alhamdulillah aku rasa ni berkat aku berazam semalam kot.... Aku cuba maafkan semua kesalahan yang diaorang buat kat aku dan see... Sekejap jer Allah nak tunjukkan hidayah-Nya....

So Moral of this story.... Maafkanlan insan2 yang lain kerana mereka pun manusia biasa.... Like me... Mula2 memang bengang tp lepas tu maafkan lah mereka x baik pun berdendam lama2 nanti kita tanggung derita coz menanggung perasaan dendam lelama dan diaorang pun mesti happy bila tgk kita tertekan n sakit hati kan.........

I'm happy person today
Free Signature Generator

Tuesday, July 28, 2009

Amalan Murah Rezeki

“Ya Allah, sesungguhnya waktu dluhaa adalah waktu dluhaa-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebagusan adalah kebagusan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, apabila rizqi kami di atas langit, turunkanlah, bila dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dluhaa, keagungan, kebagusan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang shalih-shalih.

Free Signature Generator

Thursday, July 23, 2009

123456789

on 7 august 2009
At 12hr 34 minutes and 56 seconds on the 7th of August this year, the time and date will be

12:34:56 07/08/09

1 2 3 4 5 6 7 8 9

This will never happen in your life again??!!!!


Free Signature Generator

KERIAN 1: INDUSTRI GERAGAU (petikan dari email yang aku dapat, dan di kongsi bersama)



Selama 3 hari
bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan
mengiringi Ketua
Jabatan ke lawatan penyelidikan
ke Daerah Larut
Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula
dengan entri pada hari ini,
aku akan menyelitkan
apa yang menarik di daerah tersebut.
Mana yang baik
ambillah ia dijadikan contoh. Mana
kala yang tidak dijadikan
ingatan sepanjang hidup.




Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.


Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.



Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.




Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.


Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?



Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.


Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.



Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.



Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..



Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!

Free Signature Generator

Friday, July 17, 2009

Semalam Yang Bz

Semalam aku cadang nya memang nak kerja coz byk kerja yg perlu dilakukan maklumlah pelajar dah start masuk belajar balik...... Byk permohonan biasiswa yang perlu aku updated tambahan plak masalah ptptn plak timbul coz pelajar belum terima bayaran lagi......

Seperti biasa sarapan pg dengan husband.... Aku ingat nak makan nasi lemak coz dah lama x ambik nasi asyik makan asam jer... tp betullah org cakap klu x leh makan tujgn dipaksa time2 tu jugak aku muntah hehehehehe...... terus kepala berat n aku g opis ambik permohonan ptptn then terus g ptptn coz nak jumpa ngan pegawai ptptn.... dah settle tu hubby aku ada kerja duklah ikut die g kerja lum pastu terus g klinik dapat mc ... nak balik hubby ada kerja lagi so....... ikutlah die.... tp apa yg menyedihkan ialah hubby aku leh tinggalkan aku dalam kereta kat basement parking selama 2 jam kerana x sedar waktu beredar bila buat kerja..... aku ngan mabuk + pening + takut + panas... sedih aku.......

tp aku dah janji ngan diri aku kandungan aku kali ni .. aku x mo byk menangis or pendam perasaan
so apa yang telah terjadi biarlah terjadi

Free Signature Generator

Thursday, June 25, 2009

Nak Bagi boot loading laju dari 100% kepada 200%

mula2 :-

  1. mula-mula klik start dan klik run.
  2. type regedit ( registry akan terbuka).
  3. pilih "HKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Control\Session Manager\Memory Management\PrefetchParameters".
  4. cari "Enable Prefetcher" klik kanan dan click modify serta set value data kepada "5".
  5. restart PC...DONE!!

selamat mencuba


Free Signature Generator

Wednesday, June 17, 2009

Hari Yang Indah

Sekarang aku akan cuba untuk berfikiran positif dan mulakan hari2 yang mendatang dengan penuh keindahan..... rasa2 boleh tak?...... Aku akan anggap setiap dugaan yang mendatang adalah satu rahmat yang Allah bagi untuk mematangkan dan mendekatkan diri padaNya....... aku bersyukur kerana aku terpilih untuk diuji oleh itu aku tahu bahawa aku masih disayangi olehNya.... sesungguhnya ujian ini adalah untuk menguatkan lagi ingatan aku padaNya.....

Ya Allah aku harap semoga aku tabah dan tidak lalai dari mengingati-Mu
Free Signature Generator

Tuesday, June 16, 2009

KeIsTiMeWaaN WaNiTa


Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doaorang yang penyayang tidak akan sia-sia."

Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh
.

Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi 'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu
.

Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab
baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siangdan malamnya menggembirakan suaminya.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka, "Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan
mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah



Free Signature Generator

Suami ku Seorang penggoda


Sumber: Utusan Malaysia Online

Di sebalik sikap tidak jujur suaminya itu, kesetiaan Wawa tidak pernah beralih arah sebaliknya Wawa selalu berdoa agar satu hari suaminya akan berubah.Berusia awal 30-an, Wawa dikurniakan sepasang cahaya mata berusia tiga dan lima tahun setelah bernikah sejak enam tahun lalu.

Berdasarkan pengalaman, apa yang peliknya kata Wawa bagaimana seseorang wanita itu dengan begitu mudah jatuh hati dengan lelaki jenis ini.

“Saya mengambil contoh suami saya. Dia tidak punya apa-apa, tidak kaya dan bukan bergaji lumayan. Tapi dia tetap menjadi buruan wanita. Orang yang tidak tahu sikapnya luar dalam tidak akan faham kerenahnya yang sebenar. Kita yang jadi isteri ini yang makan hati. Mana tidaknya, di rumah dia suami yang baik, lemah lembut, penyayang dan mengambil berat. Tapi di luar, dia seorang lelaki penggoda!’’ kata Wawa memulakan cerita.

Kenapa fenomena ini berlaku dan mengapa wanita terbabit tidak mahu memikirkan masalah yang bakal timbul akibat perbuatan mereka.

Inilah persoalan yang harus wanita fikirkan, kata Wawa.

Tambah Wawa, memang diakui susah mencari lelaki bujang pada masa ini. Selain faktor umur yang berbeza jaraknya, pasti kebanyakan lelaki yang hebat telah berkahwin. Mahu tidak mahu terpaksalah memburu suami orang.

“Ini dikuatkan lagi dengan senario di mana kebanyakan lelaki sekarang terutama lelaki Melayu berkahwin lebih daripada satu. Mereka bijak menyusun kata dan memujuk rayu. Inilah keistimewaan suami saya.

“Di depan kita, sayangnya macam tak mahu berpisah. Pendek kata kalau mati seorang dua-dua rasa nak mati sama. Tak cukup dengan itu, hendak satu liang lahad lagi.

“Kalau di rumah kita tak makan dia pun tak mahu makan. Nak makan beradab-adab sambil bergurau senda kononnya. Lagaknya macam baru kahwin seminggu. Begitulah ibaratnya.

“Tapi itu di rumah. Di luar rumah gayanya terus berubah, macam pemuda berumur 21 tahun sedang belajar memikat perempuan. Mana tidak cair jadinya wanita yang mendengar pujuk rayu tersebut kalau di ayat dengan macam-macam kata manis. Lentok habis! Silap haribulan sampai pagi tak dapat tidur asyik berangan,’’ tambah Wawa.

Menurut Wawa sebagai isteri yang berdepan dengan sikap suami yang kaki penggoda ini, dia ingin menasihati wanita yang ditimpa penyakit ini supaya berhati-hati.

“Jangan mudah cair dengan pujuk rayu lelaki penggoda jenis ini. Tidak ada faedahnya. Kalau rasa sanggup tempuh ujian getir, silakan. Kalau tidak, fikir masak-masak sebelum terbabit dengan suami orang yang jenis ini.

“Sebagai isteri kita mesti kuat semangat.

Jangan marah-marah, kawal perasaan. Saya mencadangkan isteri-isteri yang mengalami keadaan ini perlu buat kejutan untuk suami mereka. Hubungi wanita berkenaan, itu yang saya lakukan untuk memerangkap suami.

“Caranya mudah saja. Dapatkan senarai nombor telefon bimbit mereka yang meragukan. Kalau nampak nama pelik-pelik, itulah sasarannya.

“Cuba dail kalau ada peluang. Gunakan nombor telefon pejabat atau telefon awam sebagai langkah berjaga-jaga agar tidak dapat dikesan. Kita mesti bijak, jangan gelabah,’’ kata Wawa.

Lelaki penggoda ini juga ujar Wawa, perasan diri mereka hebat, tampan dan gagah. Sanggup tak makan untuk hendak mengekalkan berat badan, berulang-alik ke gim menjadi amalan, malah sudah pandai ke salon kecantikan dan spa untuk menjaga wajah dan merawat badan.

“Hujung minggu selalu mengelak daripada membawa anak isteri keluar. Alasan nak pergi spa dan gim. Duit habis pun tak kisah. Dia lebih pentingkan menjaga penampilan daripada melayan keluarga.

“Kalau kita tegur, buat selamba sahaja, macam tidak ada apa-apa berlaku. Paling tidak, jawapannya: Alah.. suka-suka sahaja.’’

Seperkara lagi ujar Wawa, mereka cukup gembira kalau menerima pujian nampak lebih muda daripada usia sebenar.

“Itu yang buat mereka bergaya lebih macam orang muda. Sebagai isteri kita juga suka tengok sebab suami nampak lawa. Tapi lawanya bukan untuk kita di rumah tapi untuk wanita di luar yang tercari-cari tempat nak bermanja.

“Jika ditanya katanya dua-dua sayang. Mana boleh sama isteri dan teman wanita. Isteri sah, teman wanita tidak. Yang dulu patut didulukan. Isteri tetap nombor satu, perlu diutamakan.

“Bagi lelaki yang sudah ada cawangan lagi kuat lakonannya. Mereka cepat gelabah. Sekali dua mungkin boleh lepas tapi bila dah berkali-kali, watak sebenar muncul juga,” kata Wawa.

Itu masa belum dapat, bila sudah dapat lain pula ceritanya. Kalau jemu atau dapat umpan baru, kena pula cari alasan untuk mengelak daripada berjumpa.

Begitulah sehingga sampai masa lelaki itu akan sedar dan kembali ke pangkal jalan. Itu kalau mahu sedar dan insaf. Kalau tak alamat sampai pejam mata asyik jadi pelakon tambahan dalam drama yang direka sendiri.

Jelas Wawa lagi, mungkin satu bonus kalau suami mahu taubat dan kembali ke pangkal jalan dan tempat yang hendak dituju tentunya isteri pertama.

“Itulah yang berlaku dalam hidup saya. Tapi saya bersyukur, akhirnya suami insaf dan kembali ke pangkal jalan. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

“Suami saya ingat dia bijak, rupanya bertemu buku dengan ruas. Dia rancang nak kikis wanita itu, sebaliknya dia yang kena kikis, sampai tinggal sehelai sepinggang, kita yang pergi kutip bawa balik. Sekarang baru tahu langit itu tinggi ke rendah!’’ selamba Wawa menamatkan ceritanya sambil tersengih.

  • Alangkah bertuah jika seorang lelaki boleh bertahan dengan seorang wanita dan masih bersama walaupun salah seorang daripadanya jatuh sakit.
  • Alangkah cantiknya juga hidup ini jika salah seorang sanggup berkorban tenaga dan menjaga antara satu sama lain dan membelainya dengan penuh kasih sayang.
  • Lelaki kuat nafsu ini panjang umur kerana mereka diberi masa untuk bertaubat. Mereka memang tidak takut pada azab akhirat kerana hanya fikirkan dunia yang berwarna-warni dan masih sempat untuk bersuka ria walaupun usia sudah masuk era Isyak. Wallahualam!
  • Oleh itu, wahai wanita-wanita di luar sana, awasi lelaki jenis ini. Bukan tidak boleh cari teman lelaki, tapi hati-hati. Selidik dulu latar belakang mereka sebelum hubungan terjalin lebih jauh.
  • Nilai pengorbanan seorang isteri - menerima suami seadanya. Berapa ramai isteri yang sanggup berbuat demikian dan berapa ramai pula suami yang sanggup bertaubat dan kembali ke pangkal jalan? Mungkin boleh dikira dengan jari.

Free Signature Generator

Monday, June 15, 2009

TANGAN YANG INDAH

Tangan Yang Indah

Kepada sesiapa yang masih ada ibu...



Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusatmembeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali
ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya,seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membe linya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan .

Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hatisaya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...


" JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA".

Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.
Dan lakukanlah yang terbaik untuknya.......

Free Signature Generator

Thursday, June 11, 2009

Menantu Lama Vs Menantu Baru

Bulan Disember ni, Insyallah kami bakal menerima ahli keluarga baru... Akak aku bakal melangsungkan perkhawinan so aku akan dapat abang ipar..... Seronoknya coz nanti x delah family aku jadi perhatian sb dah ada ahli baru......

Tapi yang x sedapnya ialah sekarang ibu dah mula memuji2 bakal abang ipar so apalagi selama ni family aku selalu dipandang serong semakin seronglah... family aku yg buruk maka bertambah buruklah....... biasalah bila ada yg baru yang lama pun x bergunalah.....

Sebenarnya aku x lah kisah sangat malah gembira sb x derlah family aku jadi perhatian lagi... tp kecik jugalah hati aku bila......

1. Ibu cakap bila aku n along klu ada rezeki bersalin serentak ibu suruh aku balik rumah mak mertua aku...... boleh eks macamtu (aku bukan anak ibu ker?)

2. Ibu aku cakap lepas kawen aku x ingat mak dan ayah aku .... ( selama ni aku berkorban nak jaga hati mak aku dan aku sanggup x pindah rumah semata2 nak jaga perasaan mak aku... nape mak aku x perasan.... sampai hati mak aku cakap macamtu)

3. mak aku bandingkan kesenangan bakal abang ipar aku dengan aku... ( yelah dah rezeki die.... die pki myvi aku pki viva850 plak tu..... tp pleaselah ibu angah anak ibu juga)

4. Kakak aku cakap bakal abang ipar aku pandai masak n kemas rumah....( lan pun pandai masak cuma kemas rumah kureng ckit..... tp atleast die tolong juga buat kerja rumah cuma ibu yang bagi die buat)

Memang hati kecil aku terguris.... kenapa nak dibandingkan aku dan die.....

Biarlah hanya masa yang menetukan betapa selama ini aku ikhlas menyayangi mu IBU.... Katakanlah apa saja kerana aku adalah aku .....dan kau tetap ibu ku hingga akhir hayat dan jasamu x pernah aku lupakan.... dan aku x akan pernah terlintas dihati ini untuk berdendam dengan mu

Free Signature Generator

Free Signature Generator

Free Signature Generator

Wednesday, June 10, 2009

Adam Suka Buat Memek Muka

Adam dari kecik sampai besar memang suka buat memek muka... Jom kita tengok manalah tau nanti boleh jadi pelakon plak kan....


klu nak ikutkan banyak lagi hehehe... tp macam malas plak nak godek2 gambar hehhehheheh ... layan kan jer arr k
Free Signature Generator

Tuesday, June 9, 2009

EMOSI

Tadi aku menjelajah dari satu blog ker satu..... Tiba2 aku tergerak hati nak pergi ke blog ni..http://inibloglan.blogspot.com/ huhuhu.... sedih betul aku bila baca luahan suami aku.......... Tp kesedihan yang dialami x sama dengan kesedihan org yang membacanya......

Apa yang diceritakan hanya sebahagian kecil sahaja yang ditonjolkan... kalau orang tahu apa yang kami sekeluarga alami .... mungkin orang tidak akan menunding jari atau mengata di belakang kami...... aku dari kecik - dewasa- isteri-ibu.... aku bersama keluarga aku .... aku susah nak rasa bahagia yang sebenar, kalau bahagia pun aku tau mungkin ada sesuatu yang akan berlaku.........

Sejak kecil aku dah biasa dimarah, di hina, di pukul dan semuanyalah...... aku hanya berbaik dengan ibu aku selepas aku form 4..... tp aku masa tu aku ada arwah nenek yang sangat sayang pada aku... hanya pada nenek lah aku luahkan perasaan aku...... setiap apa yang berlaku nenek aku hanya cakap biarlah ibu x sihat tu (ni ayat yang selalu keluar dari arwah nenek aku....) aku tahu nenek aku x mahu aku ada perasaan dendam atau benci terhadap ibu aku... (alhamdulillah sampai sekarang walau kuat mana ibu aku marah, benci, atau hina aku ... aku tetap hormat n sayang ibu aku sb dia adalah ibu aku.... dah berapa lama aje hayat die di bumi ni... aku x nak aku menyesal kemudian hari dan benda sama yang selalu aku bgtau suami aku)....

Tapi sebagai mana manusia lain kadang2 kecik juga hati aku bila aku di marah tanpa usul periksa, kesalahan org lain tp aku kena menaggung nyer.... tp sekejap jerlah sb aku ni jenis x ske panjang2kan sebab dia adalah ibu aku..... walaupun aku dah berkahwin tp mereka tetap anggap aku mcm belum kawen..... (aku selalu dalam dilema).... bayangkan lah masa mula2 kawen balik kul 10 malam kena marah ... kuar ngan hubby aku plak tu bukan dgn orang lain.... nak g mana2 kena marah... (mgkn ingat aku anak kecik kot)...sblm ni aku ngan hubby x pernah kuar dating pun... kenal pun dlm ym jer... kuar pun bila nak beli cincin tunang + kain tunang (tupun x melencong tempat lain terus balik ... x der kuar2 mkn ker, tgk wayang ker)

erm macam2 lagilah....bila dah ada anak lagilah..... kadang aku aku rasa lost... aku selalu bergaduh ngan hubby aku coz nak mempertahankan family aku... tp diaorg x pernah faham perasaan aku betapa aku syg mereka semua sehingga akhir hayat aku ... cuma aku pinta sayangilah aku seperti yang lain (hormatilah aku dengan kedudukan aku seorang isteri + ibu )..... aku berdoa suatu hari mereka akan sedar.......

for my hubby thanks a lot coz cuba untuk memahami walaupun kadang2 kemarahan dan kebencian terkeluar jugak..... thanks coz cuba bersabar.... ibu adalah ibu dan tiada ganti.. aku akan pegang itu selama2nya ... biarlah aku derita asalkan jangan aku diaggap sbg anak yang kurang ajar..... (hu..hu..hu.. stop dulu coz tb2 teremosi plak)

Free Signature Generator

Tunang....

Seperti yang aku janjikan harini aku sertakan aktiviti sepanjang 3 hari aktiviti minggu lepas sebelum, semasa dan selepas hari pertunangan akak aku ...





malam sebelum majlis... orang kampung turun untuk menolong





persiapan sebelum majlis -hari majlis



muka org gelabah nak bertunang kui..kui...





gambar aku pun haruslah adakan..... badan letih giler tetapi tetap senyum heheheh....
walaupun ada sedikit kelam kabut tp alhamdulillah dapat diselesaikan..... terasa macam akulah orang kuat majlis tu...

esoknya aku , my hubby, pakteh sekeluarga kemas rumah .... tp yg clearkan sampai habis haruslah aku n my hubby sb aku ni jenis x leh tengok rumah bersepah cepatjer nak tension....
pada family mertua aku mintak maaflah banyak2 sebab aku x dapat layan langsung sb aku terlalu sibuk (ada penyesalan disitu) lagipun badan aku memang x sihat sangat sebab sakit kepala.... tp x kan nak tunjukkan kat orang aku sakit kepalakan nanti cakap aku nak mengelat plak...... what everpun akak aku dah selamat bertunang ...... bulan 12 kawen hehehe... xlama jer lagi



Free Signature Generator